@ slacker-dudez89.blogspot.com

follow ayiez14 at http://twitter.com


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com

Monday, September 25, 2006 @ Kelebihan Bertarawih!
Text in MALAY...

Kepada semua muslim/muslimat... Asalamuailaikum! baca lar ni supaya terbuka hati kamu untuk bertarawih!

:: Kelebihan Bertarawih ::

Malam 1 --> Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana is baru dilahirkan,
mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 --> Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta ibu bapanya
(Sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 --> Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus
menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 --> Memperolehi pahala is sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 --> Allah S.W.T kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madiah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 --> Allah S.W.T kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul
Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tauf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan
supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih
pada malam ini.

Malam 7 --> Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi A.S
menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 --> Allah S.W.T mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S

Malam 9 --> Allah S.W.T kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W

Malam 10 --> Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 --> Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 --> Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya. (cahaya ibadatnya)

Malam 13 --> Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan
keburukan.

Malam 14 --> Datang Malaikat menyaksikan is bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 --> semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya
Allah mengampunkannya.

Malam 16 --> Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 --> Allah S.W.T kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi

Malam 18 --> Seru Malaikat: Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan
ibubapa engkau (yang masih hidup atau sudah mati)

Malam 19 --> Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 --> Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-
orang solihin.

Malam 21 --> Allah S.W.T binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 --> Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah
dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar)

Malam 23 --> Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 --> Allah S.W.T buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 --> Allah S.T.W angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 --> Allah S.W.T kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 --> Allah S.W.T kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian
Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 --> Allah S.W.T kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 --> Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 --> Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang
teristimewa sekali, lalu berfirman:

" Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang
engkau hendak makan di dalam Syurga, dan mandilah
engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta
minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W yang bernama 'Al-Kauthar'."

Subhanallah...bertapa pemurahnya Allah S.W.T

Banyakkanlah beribadat dan berselawat di bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T...Insyallah..

Selamat Berpuasa!!
wasalam...

| | 5:21 PM

oh hello stranger

Best Viewed With Mozilla Firefox & Safari

Sup! Known as Faris. A dude living in his Twenties. Am a dreamer, stonner and believe that nothing is free in this world! My Blog My Stay. Not happy lu punya pasal and thats my trademark!! L-O-L

\m/

Tag-Lor
Click comment/speak up to talk!

If you bother
JANTANs
Fazli
Zul
Faizal
Halim
Eric
Joeraimi
Zaki
Timothy
Razif
Rudy
Azhari
Kenneth Kong Pala Kong
Nigel
Thomas
Hazril
Chiwai
Faizul
Kenneth (TL)
Jipang

BETINAs
Janna
Nureen Fairuz
Sharifah
Shuqi
SallyHULK
Sophia
Suhui
Diana
Francel
Mariyanah
Zila
Dila
Zhi Hui
Syafiqah
Samaniah
wannie
Naqiah
Aziah
Cindy
Jing Ling

Credits

Based-layout was proudly created by Romance. Adjustments, alignments and its contents were done by and (c) copyrighted by slacker-dudez89.blogspot.com otherwise stated.